11/11/2015

Bimbingan Pakar

Adakah Anda Memerlukan 
Bimbingan dan Bantuan Perniagaan Secara Percuma? 




Abu Pzize Hassim merupakan Pengasas MyQbic, Program Pengiklanan Paid Per Call, penulis, usahawan, dan jurulatih pakar perniagaan internet. Beliau telah membantu lebih 80,000 usahawan dan peniaga kecil-kecilan dari serata dunia; Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Cina, Jepun, Korea, Australia, Amerika Syarikat, Jordan dan Mesir menerusi siri seminar online yang dikendalikan oleh beliau sendiri. 


Tips-Tips Perniagaan Internet

Soal Jawab Tentang Perniagaan Internet

Soalan #1 dan Jawapan
Saya berminat untuk memulakan perniagaan  di internet. Tetapi saya tidak tahu membina laman web atau blog sendiri.  Benarkah untuk memulakan perniagaan internet saya wajib mempunyai laman web atau blog perniagaan sendiri?

Tidak wajib. Sesiapa jua boleh memulakan perniagaan internet tanpa laman web atau blog sendiri. Contohnya, anda boleh menjual apa jua produk atau perkhidmatan menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace atau di laman web milik orang lain seperti Mudah.my, Lelong.com.my, Ebay, Amazon.com, Alibaba.com dan lain-lain.

Soalan #2 dan Jawapan
Saya ingin memulakan perniagaan internet tanpa sebarang modal permulaan atau RM0.00. Saya juga tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual di internet. Bagaimanakah cara untuk mendapat bekalan produk dan pada masa yang sama saya tidak perlu membeli produk itu terlebih dahulu, tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu menghantar produk itu kepada pelanggan? 

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet dengan modal permulaan serendah RM0.00 dan anda tidak mempunyai produk sendiri. Anda boleh menjual produk milik orang lain. Dalam erti kata yang lain, anda menjadi orang tengah atau perantara di antara pembekal dan pelanggan. Anda akan menerima komisen bagi setiap jualan yang dibuat. Cari pembekal-pembekal di internet yang menawarkan program affiliate atau program dropship seperti Zalora.com, Amazon.com dan lain-lain. Buat carian di Google senarai pembekal yang menawarkan program affiliate atau program dropship.




Zalora.Com menawarkan program affiliate






Temui Jutaan Pembekal Yang Boleh Dipercayai 
di WorldWideBrands.Com 





Berbillion pembekal dari serata dunia yang menawarkan program affiliate atau program dropship di internet. Pastikan program affiliate dan dropship yang anda sertai itu boleh dipercayai  dan pendaftarannya percumaAnda tidak perlu membeli produk itu terlebih dahulu dan tidak perlu menyimpan stok. Tugas anda hanya mempromosi. Urusan penghantaran produk kepada pelanggan-pelanggan akan dilakukan oleh pembekal. Jika anda tidak mempunyai laman web atau blog sendiri, anda boleh melakukan promosi secara percuma dengan meletakkan gambar produk beserta pautan affiliate anda di Facebook, MySpace, Twitter, forum, direktori artikel, email dan lain-lain tempat pengiklanan percuma.

Soalan #3 dan Jawapan
Bagaimanakah cara untuk mengetahui sesuatu produk atau perkhidmatan itu mempunyai permintaan yang tinggi di internet?  Bagaimanakah jika produk atau perkhidmatan saya tidak atau kurang permintaan di internet?

Anda perlu melakukan sedikit kajian untuk mengetahui sesuatu produk atau perkhidmatan itu mempunyai permintaan yang tinggi di internet atau sebaliknya. Terdapat pelbagai cara untuk membuat kajian permintaan. Salah satu daripadanya adalah seperti berikut:
  1. Pergi ke enjin carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain.
  2. Taipkan samada jenama, jenis, atau fungsi produk/perkhidmatan. 
  3. Klik pada butang cari atau 'search' 
  4. Lihat jumlah keputusan di enjin carian. Jumlah keputusan yang tinggi menggambarkan permintaan ke atas produk atau perkhidmatan itu adalah  tinggi dan begitu sebaliknya.

Contoh Membuat Kajian Permintaan 
Sesuatu Produk/Perkhidmatan di Enjin Carian




Jangan bersedih dan risau jika  produk atau perkhidmatan anda tidak atau kurang permintaan di internet. Kurang permintaan bermaksud kurang pesaing. Anda seharusnya berasa gembira kerana produk atau perkhidmatan itu kurang pesaing. Ini merupakan peluang hebat kepada anda untuk menguasai sebahagian besar pasaran di internet.

Soalan #4 dan Jawapan
Produk informasi atau maklumat seperti ebook, buku-buku, majalah, suratkhabar, newsletter dan enzine merupakan produk paling laris di internet. Bagaimana pula dengan produk fizikal seperti anak patung, kain tudung, perabot, beg, pakaian dan lain-lain? Yang mana satukah yang lebih menguntungkan, menjual produk informasi atau produk fizikal?

Apa jua produk dan perkhidmatan mempunyai potensi yang sama dan laris di internet! Apa jua produk dan perkhidmatan termasuk produk informasi tidak akan terjual atau tidak laris jika cara, teknik dan strategi yang anda gunakan tidak berkesan.



Soalan #5 dan Jawapan
Saya tidak berminat untuk menjual produk atau perkhidmatan di internet. Adakah saya masih boleh menjana pendapatan sampingan di internet tanpa menjual atau tanpa mengeluarkan sebarang modal? 

Sudah tentu boleh. Anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan menyertai program buat duit dengan Google Adsense. Pendaftaran adalah percuma. Tugas anda adalah sebagai penerbit 'publisher' iklan Google Adsense. Anda akan menerima bayaran daripada Google jika iklan anda itu diklik oleh orang lain. Jumlah pendapatan anda berdasarkan jumlah klik yang anda perolehi. Selain itu, anda juga boleh menyertai program buat duit dengan Churp Churp.



Cara-Cara Membawa Pelawat ke Blog atau Laman Web Perniagaan Anda di Internet


Di internet terdapat berbillion pengguna dari serata dunia. Bagaimanakah  cara memperkenalkan produk dan perniagaan anda kepada mereka? Bagaimanakah cara memberitahu pengguna-pengguna internet supaya mereka melawat ke blog atau laman web perniagaan anda? Caranya ialah dengan melakukan PROMOSI. Semakin kerap anda melakukan promosi, maka semakin ramai orang tahu kewujudan perniagaan dan produk anda.



Terdapat pelbagai cara promosi. Antaranya adalah seperti berikut:

Cara Promosi #1 
Mempromosi melalui Enjin Carian 'Search Engine' atau Search Engine Optimization (SEO). Enjin carian yang popular adalah Google, Yahoo, Ask, Bing, AOL Search dan lain-lain. 80% pengguna-pengguna menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat percuma di internet. 

Pernahkah anda mencari sesuatu maklumat di Google? Jika pernah, sudah tentu anda menggunakan kata kunci 'keyword' tertentu untuk mencari maklumat yang anda ingini. Andaikan, anda mahu mencari maklumat di Google tentang teknik menguruskan badan. Perkara pertama yang biasa anda lakukan ialah memasukkan kata kunci 'keyword' di ruangan search. Setelah anda memasukkan kata kunci dan menekan butang search, berjuta-juta senarai laman web atau blog yang mengandungi maklumat yang anda mahu akan muncul. 


Contoh Promosi Dengan Teknik Search Engine Optimization (SEO)


Berdasarkan gambar di atas, apabila kita menaip kata kunci teknik menguruskan badan di ruangan search atau carian di Google, kita dapati laman web AnneHashim.com berada tempat teratas di halaman pertama di enjin carian Google. Ini memberi peluang yang tinggi kepada pemilik laman web AnneHashim.com mendapat pelawat-pelawat di internet secara percuma.

Bagaimanakah cara untuk mengupayakan laman web atau blog anda berada di tempat teratas di halaman pertama enjin carian Google, Yahoo dan lain-lain? Antara caranya adalah seperti berikut:
  1. Gunakan kata kunci tertentu pada alamat laman web atau alamat blog perniagaan anda. Contohnya, anda menjual kain tudung di internet. Alamat laman web anda seharusnya mengandungi kata kunci seperti kaintudung.com.my atau jualkaintudung.com atau kaintudungmurah.com dan lain-lain.
  2. Tulis maklumat yang berkualiti dan bermanfaat di laman web atau blog anda supaya pelawat-pelawat akan mengunjungi laman web atau blog anda berulang kali. Contohnya berkongsi maklumat percuma tips memakai tudung, senarai fesyen tudung terkini, kaedah memilih warna kain tudung yang sesuai dan lain-lain. Laman web yang dikunjungi oleh ramai pelawat dianggap penting oleh enjin carian dan ia mempunyai peluang yang cerah berada tempat teratas di halaman pertama di enjin carian.
  3. Perbanyakkan maklumat atau informasi berguna di laman web atau blog anda sekurang-kurangnya 65 mukasurat dan ke atas.
  4. Sentiasa mengemaskini kandungan laman web atau blog. Anda tidak perlu mengubah atau mengemaskini semua kandungan laman atau blog. Memadai dengan mengemaskini tarikh, meletakkan gambar baru, dan menambah artikel ringkas yang baru dari semasa ke semasa.
  5. Meletakkan pautan atau link laman web dan blog perniagaan anda di  blog-blog milik orang lain atau mana-mana tempat yang mempunyai ramai pelawat.
Cara Promosi #2
Mempromosi laman web atau blog perniagaan menerusi pautan atau link. Bagaimanakah cara-caranya? Cara-caranya adalah seperti berikut:


  1. Cari blog milik orang lain atau mana-mana tempat sebanyak mungkin di internet yang mempunyai ramai pelawat. Kebiasaannya, blog yang mempunyai ramai pelawat terdiri daripada blog-blog yang membincangkan berita sensasi, cerita menarik, pemberian percuma, pelakon dan artis-artis popular. Tinggalkan komen ringkas dan pautan 'link' anda di blog mereka. Contoh, "Hey, I am Abu, glad to know you. Take time to visit me at abupzize.blogspot.com if you have chance. Hopefully can hear you soon. Take care. Mengapa anda perlu meninggalkan komen dan link anda di blog yang mempunyai ramai pelawat? Kerana ia boleh membantu meningkatkan kedudukan laman web atau blog anda di enjin carian.  
  2. Anda minat menonton video-video percuma di Youtube? Youtube mempunyai berbillion pelawat pada setiap masa. Berikan komen dan letakkan link selepas anda selesai menonton video. Dengan cara ini juga dapat membantu meningkatkan kedudukan laman web dan blog anda di enjin carian.  Contoh, "Hello there, I like what I watch. This video is awesome! Visit me at abupzize.blogspot.com."
  3. Anda mempunyai akaun di Facebook atau akaun di media-media sosial lain seperti Twitter dan MySpace? Tahukah anda Facebook, Twitter dan MySpace dikunjungi berbillion pelawat dari serata dunia pada setiap saat. Berikan komen dan letakkan link anda setiap kali rakan-rakan anda berkongsi gambar, cerita, berita dan video mereka. Contoh, "Good morning Mr.Tan, you're doing well I hope. Is that a photo of your cat?  Wow, She looks so pretty! Visit my blog abupzize.blogspot.com". Cara ini juga boleh meningkatkan kedudukan laman web atau blog anda di enjin carian sambil mempromosikan perniagaan anda. Berhati-hati ketika memberi komen atau pandangan anda. Jauhi komen negatif, fitnah, menghina dan seumpamanya. 
  4. Menulis artikel ringkas, unik, menarik dan bermanfaat seperti kisah lucu, cerpen, berita, cerita seram, tips-tips berguna, pandangan anda tentang isu-isu semasa dan banyak lagi.  Letakkan artikel anda secara percuma di direktori-direktori artikel di internet yang mempunyai ramai pelawat. Jangan lupa sertakan link laman web atau blog perniagaan anda di bahagian akhir artikel anda. Lakukan carian di Google, Yahoo, atau mana-mana enjin carian untuk mendapatkan senarai direktori artikel. Anda juga boleh mendapatkan senarai direktori artikel yang mempunyai ramai pelawat di http://www.vretoolbar.com/articles/directories.php 


 Contoh Promosi Menerusi Artikel 



Cara Promosi #3
Mempromosi laman web atau blog perniagaan menerusi perkongsian gambar di internet. Bagaimanakah cara-caranya? Cara-caranya adalah seperti berikut:
  1. Pastikan gambar yang ingin anda kongsi dan sebar di internet mempunyai ciri-ciri yang menarik, jelas dan unik bagi menarik minat dan mencuri perhatian orang ramai melihatnya di internet.
  2. Jangan sesekali berkongsi gambar yang kurang sopan, lucah, menjatuhkan maruah orang lain dan seumpamanya. 
  3. Nyatakan alamat laman web atau blog anda di dalam gambar yang ingin anda kongsi dan sebar kepada rakan-rakan anda di internet seperti di Facebook, Myspace, Twitter, blog dan lain-lain tempat.
Contoh Promosi Menerusi Gambar 


Peringatan: Pastikan apa jua maklumat yang anda janjikan ada di dalam blog atau laman web anda. Jangan kecewakan pelawat-pelawat anda. Gambar di atas hanya contoh supaya anda mudah faham.


Cara Promosi #4
Mempromosi laman web atau blog perniagaan menerusi perkongsian video di Youtube secara percuma. Bagaimanakah cara-caranya? 
  1. Anda boleh merakam video anda sendiri dengan menggunakan telefon bimbit yang boleh merakam video, handycam atau mana-mana alat perakam video.  Anda juga boleh memuat turun video-video popular milik orang lain.. 
  2. Nyatakan link laman web atau blog perniagaan  di dalam rakaman video anda. 
  3. Letakkan link anda di tengah atau di akhir video. Elakkan meletak link anda di awal-awal tayangan video. 
  4. Pastikan kandungan video anda menarik, unik, dan bermanfaat kepada penonton.
  5. Tempoh masa tayangan sebaik-baiknya antara 3 minit hingga 5 minit.
  6. Gunakan muzik latar yang sesuai dengan kandungan mesej video anda. Adakah sesuai anda menggunakan muzik latar Dangdut di dalam video yang menceritakan tentang peperangan di Gaza? Tidak, bukan? 
  7. Bagaimana untuk mendapatkan 1 Juta view pada video anda? Bina kelainan dan keunikan dalam video anda. Contohnya, membuat rakaman video parodi meniru gaya artis popular, melakonkan semula watak-watak di dalam sebuah filem dan lain-lain. Kemudian sebarkan video itu kepada rakan anda di facebook.
Contoh Promosi Menerusi Video


Cara Promosi #5
Mempromosi laman web atau blog perniagaan anda di forum, group atau komuniti online secara percuma. Bagaimanakah cara-caranya? 
  1. Kenalpasti forum-forum, group-group atau komuniti di internet yang MAHU atau MUNGKIN MAHU membeli produk atau perkhidmatan daripada anda. Andaikan anda menjual ubat menguruskan badan.  Apakah forum, group atau komuniti di internet yang sesuai untuk anda sertai? Sertai forum, group atau komuniti yang membincangkan perihal kesihatan, kecantikan, senaman, penjagaan tubuh badan, penampilan diri dan lain-lain.  
  2. Buat carian di Google, Yahoo atau mana-mana enjin carian lain untuk mengenalpasti forum atau komuniti online yang sesuai dengan produk dan perniagaan anda.
  3. Tulis artikel, tips, berita, cerita, panduan atau apa jua maklumat secara percuma yang boleh membantu menyelesaikan masalah ahli forum, group, atau komuniti online yang anda sertai.
  4. Jangan mengiklankan produk anda di forum, group atau komuniti di internet secara berlebih-lebihan kecuali mereka membenarkan anda membuat pengiklanan percuma. 
  5. Jangan lupa sertakan link laman web atau blog perniagaan anda di bahagian akhir artikel. Ahli-ahli forum, group atau komuniti online sudah tentu akan melawat ke laman web atau blog perniagaan anda jika artikel-artikel yang anda kongsikan di forum dan group mampu membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Dengan perkongsian artikel, panduan, tips yang bermanfaat akan membuatkan ahli-ahli forum, group atau komuniti online ingin mengenali diri anda dengan lebih dekat. Secara tidak langsung ia dapat mempromosikan produk dan perniagaan anda.
Contoh Promosi Menerusi Group di Facebook


Cara Promosi #6
Mempromosi laman web atau blog perniagaan anda menerusi Email. Bagaimanakah cara-caranya?
  1. Hantar email kepada rakan-rakan atau kenalan anda. Jangan hantar email kepada individu yang tidak mengenali anda atau melakukan 'spamming'.
  2. Maklumkan kepada rakan-rakan anda berkaitan produk atau perniagaan yang sedang anda jalankan.
  3. Sertakan link laman web atau blog perniagaan di dalam email anda.
Contoh Promosi Menerusi Email



Cara Promosi #7
Mempromosi laman web atau blog perniagaan anda menerusi Mulut ke Mulut atau Viral. Pada masa dahulu, manusia menyebarkan sesuatu maklumat kepada orang ramai menerusi mulut ke mulut. Kini, promosi menerusi mulut ke mulut menjadi lebih pantas dan mudah dengan bantuan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit, televisyen, radio, internet dan lain-lain alat telekomunikasi. Tidak hairanlah sesuatu berita, kejadian atau peristiwa yang baru sahaja berlaku cepat tersebar dan diketahui umum.

Bagaimanakah cara mempromosi menerusi mulut ke mulut?
  1. Berikan sesuatu yang berkualiti atau bantuan ikhlas kepada orang ramai mengikut kemampuan anda.
  2. Bantu menyelesaikan masalah orang di sekeliling anda berdasarkan pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan pengalaman yang anda milikki.
  3. Pastikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan terbukti berkesan dan berkualiti dalam menyelesaikan masalah pelanggan-pelanggan anda.
  4. Lakukan sesuatu yang boleh mengembirakan perasaan orang lain.
  5. Buat kejutan di luar jangkaan pelanggan-pelanggan anda. Andaikan, anda menyediakan perkhidmatan tempahan kek secara online. Pada suatu hari, seorang pelanggan bernama Abu ingin membuat tempahan sebiji kek daripada anda. Setelah Abu membuat bayaran, anda membuat kejutan dengan memberi 3 biji kek lagi secara percuma. Pada pandangan anda, apakah perasaan Abu pada ketika itu? Sudah pasti Abu terkejut dan berasa sangat gembira! Oleh kerana Abu berasa sangat gembira, Abu akan bercerita dan berkongsi kegembiraannya bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya yang lain tanpa segan silu. Secara tidak langsung, Abu telah melakukan promosi produk dan perniagaan anda secara percuma. 
  6. Untuk membuatkan pelanggan berasa gembira  tidak semestinya pemberian dalam bentuk barang, wang, dan hadiah yang mahal. Sikap ramah, suka bertanya khabar dan mengambil berat juga boleh membuatkan pelanggan berasa gembira dan dihargai.
Contoh Promosi Mulut ke Mulut


Cara Promosi #8
Mempromosi laman web atau blog perniagaan anda menerusi kerjasama rakan-rakan perniagaan yang lain atau Networking. Bagaimanakah cara-caranya?
  1. Bina hubungan atau jaringan kerjasama yang berkualiti dengan rakan-rakan perniagaan internet yang lain.
  2. Anda mempromosi produk milik rakan anda kepada pelanggan-pelanggan anda di laman web atau blog anda. Manakala, rakan-rakan anda pula mempromosi produk milik anda kepada pelanggan-pelanggan mereka di laman web atau blog mereka. 
  3. Contohnya, anda menjual kain tudung. Manakala, rakan anda menjual baju. Anda membantu rakan anda mempromosi baju kepada pelanggan-pelanggan anda. Sebagai timbal balas, rakan anda pula mempromosi kain tudung anda kepada pelanggan-pelanggannya.
Contoh Promosi Jaringan atau Networking



Cara Promosi #9
Mempromosi laman web atau blog perniagaan anda menerusi pengiklanan bukan internet atau offline seperti:




  1. Memberi kad bisnes kepada kenalan baru.
  2. Menampal pelekat 'sticker' perniagaan pada kenderaan.
  3. Barangan cenderamata seperti pen, t shirt, buku, payung, cawan dan lain-lain. 
  4. Memberi pamphlet dan brochure bisnes 
  5. Kad ahli dan  kupon-kupon diskaun
  6. Menulis artikel di ruangan kolumni majalah dan suratkhabar.
  7. Beriklan secara berbayar menerusi ruangan majalah, suratkhabar, televisyen dan radio
  8. ...dan banyak lagi.
Contoh Promosi Pelekat 'Sticker' Kenderaan




Cara Promosi #10
Mempromosi laman web atau blog perniagaan anda menerusi pengiklanan online berbayar di Google Adwords, Facebook Ads, Yahoo Ads, suratkhabar online, majalah online, forum, laman-laman web pengiklanan online dan lain-lain.
  1. Sebelum anda beriklan, pastikan laman web tempat anda beriklan itu mempunyai ramai pengunjung atau pelawat.
  2. Pilih tempat pengiklanan yang mempunyai pelawat yang MAHU atau MUNGKIN MAHU produk atau perkhidmatan daripada anda. 
  3. Adakah sesuai anda beriklan di laman web aksesori kereta yang mempunyai jutaan pelawat sedangkan anda menjual ubat menguruskan badan? Tidak sesuai bukan?
Contoh Pengiklanan Online Berbayar Dengan Menggunakan Banner



Contoh Pengiklanan Online Berbayar di Facebook 



Cara-Cara Menukar Pelawat-Pelawat kepada Pembeli atau Pelanggan Anda


Sebelum ini, anda telah didedahkan beberapa cara promosi untuk membawa pelawat-pelawat datang berkunjung ke laman web atau blog perniagaan anda. Di bahagian ini pula, anda akan didedahkan cara-cara menukar pelawat-pelawat itu kepada pembeli atau pelanggan anda. Bagaimanakah cara-caranya?
  1. Bina keyakinan pelawat-pelawat terlebih dahulu.
  2. Kemudian, mula membuat jualan kepada mereka.
Untuk memahami topik ini, sila perhatikan snapshot kandungan laman web - 20 SECRETS TO DIETING SUCCESS di sebelah kanan.

Cara-cara membina keyakinan pelawat-pelawat

Adakah mudah bagi anda membeli produk daripada orang yang tidak anda kenali? Tidak mudah, bukan? Bermacam-macam prasangka dan persoalan bermain dalam fikiran anda sebelum anda membuat keputusan untuk membeli.  Begitu juga dengan pelawat-pelawat di internet, mereka juga tidak mudah membeli daripada anda jika mereka tidak yakin.

Bagaimanakah cara-cara membina keyakinan pelawat-pelawat terhadap perniagaan anda di internet?

  1. Perkenalkan diri anda secara ringkas supaya pelawat-pelawat yang datang ke laman web atau blog anda mengetahui dengan siapa mereka berurusan. Jangan sesekali memaklumkan  atau mempamerkan salinan kad pengenalan anda semata-mata untuk meyakinkan pelawat-pelawat di internet.
  2. Maklumkan kepada pelawat-pelawat cara menghubungi anda seperti alamat email, nombor telefon dan lain-lain maklumat jika perlu.
  3. Pastikan laman web atau blog perniagaan anda kelihatan profesional. Susun letak grafik yang ringkas, kemas, dan tersusun.  Jangan lakukan sendiri jika anda tidak mahir membina laman web atau blog perniagaan profesional. Dapatkan khidmat pereka grafik bagi membantu anda menghasilkan laman web atau blog perniagaan yang profesional.
  4. Pilih gabungan warna dan saiz tulisan yang sesuai supaya pelawat-pelawat mudah memahami kandungan mesej yang ingin anda sampaikan. 
  5. Pilih dan jual produk yang berkualiti , berjenama dan popular seperti Bonia, Levis, Lee, Nike, Converse, Maggi, Nestle, Adidas, Body Glove, Padini, Ray Ban, Dr. Cardin, Edwin, Armani, Cheetah, Camel, PlayBoy, Calvin Klein, Guess, Polo, Crocodile, Paul Smith, Super Dry, Lacoste, Puma, Sharp, Panasonic, Samsung, Apple dan lain-lain. 
  6. Pastikan apa yang anda tawarkan adalah munasabah dan boleh diterima logik akal manusia. Jangan berlebih-lebihan dalam memberi sesuatu tawaran. Contohnya, anda menjual sabun mandi di internet. Anda memberitahu kepada pelawat-pelawat bahawa sabun anda diperbuat daripada herba semulajadi dan ia boleh dimakan. Jika benar sekalipun sabun mandi anda boleh dimakan, logik akal manusia sukar untuk mempercayainya. Bagi mereka sabun tetap sabun BUKAN untuk dimakan. 
  7. Pepatah Inggeris "a picture is worth a thousand words" atau dalam Bahasa Melayu "sekeping gambar mempunyai seribu makna". Paparkan gambar anda di dalam laman web atau blog perniagaan anda. Pelawat-pelawat sudah tentunya berasa lebih selasa dan yakin untuk berurusan dengan anda jika mereka tahu bagaimana rupa dan wajah anda. Pastikan gambar anda dalam keadaan tersenyum. Jika anda sukar memberi senyuman. Cuba sebut perkataan 'cheeze' semasa anda mengambil gambar. Pastikan  juga kulit wajah anda cerah jika anda menjual produk pencerah kulit muka.
  8. Paparkan gambar-gambar orang lain yang kelihatan tenang, sedang tersenyum dan gembira supaya pelawat-pelawat tidak merasakan diri mereka bersendirian. Secara psikologi, manusia berasa lebih yakin jika mereka tidak bersendirian.
  9. Tunjukkan gambar produk yang anda jual. Gunakan pendekatan yang sesuai untuk memudahkan pelawat-pelawat membuat gambaran kasar berkenaan saiz, tinggi, lebar, ketebalan, dan berat produk anda. Contohnya, anda ingin memberitahu kepada pelawat-pelawat tentang ketebalan telefon bimbit yang anda jual. Anda boleh menggunakan perumpamaan seperti "telefon bimbit ini senipis sekeping roti" atau  letakkan sebatang pensil berhampiran telefon bimbit atau lain-lain cara yang sesuai.
  10. Sampaikan isi kandungan laman web atau blog perniagaan anda dalam gaya bahasa yang bersahaja seolah-olah anda sedang berbual dengan pelawat-pelawat anda. Elakkan gaya bahasa terlalu formal dan ilmiah. Gaya bahasa bersahaja dapat mewujudkan kemesraan di antara anda dan pelawat-pelawat anda. Kemesraan dapat merapatkan jurang dan membina keyakinan.
  11. Sebelum anda menjual sesuatu produk kepada orang lain, pastikan anda telah mencuba produk itu terlebih dahulu. Ceritakan pengalaman anda menggunakan produk itu kepada pelawat-pelawat anda. Sesuatu cerita berdasarkan pengalaman benar dapat mewujudkan kesan emosi yang mendalam dan keyakinan di kalangan pelawat-pelawat anda.
  12. Tunjukkan keratan akhbar, kata-kata tokoh, kajian, pandangan doktor perubatan atau apa jua fakta yang boleh menyokong kebaikan produk anda. Hujah yang disokong oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai dapat meningkatkan keyakinan pelawat-pelawat anda.
  13. Tunjukkan maklumbalas positif daripada pengguna-pengguna yang telah membeli atau mencuba produk anda di ruangan testimonial. Maklumbalas positif atau testimonial dapat mewujudkan keyakinan di kalangan pelawat. 
  14. Tunjukkan logo-logo organisasi yang boleh dipercayai seperti Logo MasterCard, Visa, Debit Card, PayPal, CIMB, Maybank, dan lain-lain di dalam laman web atau blog perniagaan anda.
  15. Beri jaminan anda kepada pelawat-pelawat seperti jaminan pemulangan wang tanpa banyak soal, jaminan penghantaran segera, jaminan gantian jika produk rosak dan lain-lain. Dengan memberi jaminan dapat mewujudkan keyakinan di kalangan pelawat. 
  16. ...dan banyak lagi.
Cara-cara membuat jualan kepada pelawat-pelawat

Buat jualan di samping anda membina keyakinan dalam diri pelawat-pelawat anda. Dalam erti kata yang lain, buat jualan dan bina keyakinan dilakukan secara serentak. 


Bagaimanakah cara-cara membuat jualan kepada pelawat-pelawat?

  1. Tulis tajuk yang boleh menarik perhatian pelawat-pelawat anda. Masukkan perkataan 'bagaimana' dan angka ketika menulis tajuk. Contohnya, Bagaimana untuk kelihatan cerah dalam masa 7 hari? Bagaimana untuk menjadi penulis yang berjaya dalam masa 1 bulan? Bagaimana mengurangkan berat badan dalam masa 30 hari? dan lain-lainFikirkan kekuatan dan kemampuan produk anda sebelum menulis tajuk. Jangan sesekali menulis tajuk yang bersifat indah khabar dari rupa.
  2. Tulis subtajuk bagi menarik minat pelawat-pelawat anda. Contohnya, dapatkan kulit wajah lebih cerah dalam masa 7 hari tanpa mengeluarkan belanja yang banyak - kini anda mampu menjadi seorang penulis yang berjaya dalam masa 1 bulan walaupun anda tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan - pelajari teknik mudah mengurangkan berat badan dalam masa 30 hari tanpa senaman dan lain-lain.
  3. Jelaskan perbezaan produk anda dengan produk-produk pesaing. Jangan sesekali memburukkan produk pesaing anda. Memadai anda membina satu perenggan ayat untuk menjelaskan perbezaan produk anda. Contohnya,  Berbeza dengan produk pencerah yang lain, produk kami membantu anda supaya kelihatan lebih cerah dalam masa 7 hari secara semulajadi dan ia sesuai untuk wanita dan lelaki berumur 20 tahun ke atas.
  4. Senaraikan ciri-ciri produk anda dan terangkan sebanyak mungkin faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh pembeli. Jelaskan sekurang-kurangnya lapan (8) faedah-faedah produk anda. Semakin banyak anda menerangkan faedah-faedah produk anda, maka semakin besar peluang anda untuk menjual.
  5. Berikan potongan harga atau diskaun jika pelawat-pelawat anda membuat pembelian segera. Contohnya, harga sebenar produk pencerah keluaran kami adalah RM197 seunit.  Jika anda membuat pembelian sekarang, anda akan mendapat diskaun sebanyak 50%. 
  6. Gunakan angka ganjil  di akhir harga contohnya RM197, RM205, RM103 dan lain-lain. Angka ganjil yang diletakkan di akhir harga akan menjadikan harga itu kelihatan murah. Manakala angka genap yang diletakkan di akhir harga akan menjadikan harga itu kelihatan mahal.
  7. Berikan bonus atau pemberian percuma melebihi nilai wang atau harga produk yang dibayar oleh pembeli. Contohnya, jika anda membuat pembelian sekarang, anda bukan sahaja mendapat diskaun sebanyak 50%. Malah, anda juga akan menerima pemberian percuma bernilai RM300.
  8. Gunakan ebook atau buku-buku digital yang sesuai sebagai bonus atau pemberian percuma kepada pembeli. Hasilkan ebook sendiri kerana ia tidak melibatkan sebarang kos. 
  9. Minta pelawat-pelawat untuk bertindak segera dan nyatakan apakah yang akan berlaku jika mereka lewat bertindak. Contohnya, tempah sekarang sementara stok masih ada dan dapatkan pada harga diskaun serta pemberian percuma bernilai RM300. Dapatkan segera atau anda mungkin terlepas tawaran istimewa ini.
  10. Ingatkan pelawat-pelawat untuk kali terakhir. Contoh, cepat tempah sekarang. Produk kami adalah terhad. Masih tinggal 19 5 sahaja lagi! 
  11. Memudahkan pelanggan-pelanggan anda membuat bayaran. Tidak semua  pelanggan mempunyai kad kredit untuk membuat bayaran. Oleh itu, pelbagaikan cara membuat bayaran samada bayaran secara tunai, bayaran menerusi wang pos, pemindahan wang  ke akaun bank anda secara online, bank in terus ke akaun bank anda dan lain-lain.
  12. ...dan banyak lagi cara-cara membuat jualan.

Cara-Cara Menerima Bayaran Daripada Pelanggan-Pelanggan Anda di dalam dan Luar Negara


Terdapat pelbagai cara menerima bayaran daripada para pelanggan dalam dan luar negara. Antaranya adalah seperti berikut:


Cara #1 Secara Tunai


Cara ini sesuai bagi pelanggan yang berada dalam negara.

  1. Nyatakan jumlah wang atau harga yang perlu dibayar oleh pelanggan kepada anda.
  2. Minta pelanggan membayar secara tunai apabila mereka bertemu atau bersemuka dengan anda.
Cara #2 Memasukkan Wang 'bank in' ke Akaun Bank Anda

Cara ini sesuai bagi pelanggan yang berada dalam negara.
  1. Nyatakan jumlah wang atau harga yang perlu dibank in oleh pelanggan ke akaun bank anda.
  2. Nyatakan nama penuh anda, nama bank dan nombor akaun bank  anda kepada pelanggan.
  3. Minta pelanggan 'bank in' wang di kaunter bank.


Cara #3 Pemindahan Wang dari Akaun Bank Pelanggan ke Akaun Bank Anda Secara Online

Cara ini sesuai bagi pelanggan yang berada dalam negara.
  1. Nyatakan jumlah wang atau harga yang perlu dipindahkan 'transfer' oleh pelanggan ke akaun bank anda.
  2. Nyatakan nama penuh anda, nama bank dan nombor akaun bank  anda kepada pelanggan.
  3. Minta pelanggan memindahkan  wang dari akaun bank mereka ke akaun bank anda secara online.

Cara #4 Menerima Bayaran Daripada Pelanggan dengan Menggunakan Wang Pos atau Kiriman Wang

Cara ini sesuai bagi pelanggan yang berada dalam negara.
  1. Nyatakan jumlah wang atau harga yang perlu dikirim atau dipos oleh pelanggan kepada anda.
  2. Nyatakan nama penuh anda dan alamat lengkap anda kepada pelanggan.
  3. Minta pelanggan mengisi maklumat anda di dalam borang wang pos atau kiriman wang di pejabat pos.


Cara #5 Menerima Bayaran Daripada Pelanggan dengan Menggunakan Kiriman Wang Antarabangsa WesternUnion

Pernahkah anda melihat logo WesternUnion  di Bank Rakyat, CIMB, Bank Simpanan Nasional, Pejabat Pos dan lain-lain tempat? 




Cara ini sesuai bagi pelanggan yang berada di luar negara.
  1. Nyatakan jumlah wang atau harga yang perlu dikirim oleh pelanggan kepada anda.
  2. Nyatakan nama penuh anda dan alamat lengkap anda kepada pelanggan.
  3. Minta pelanggan mengisi maklumat anda di dalam borang westernunion di negara mereka.
  4. Minta pelanggan memaklumkan nombor MTCN kepada anda.
  5. Selepas anda menerima nombor MTCN daripada pelanggan. Dalam masa 5 minit, anda boleh pergi ke bank seperti Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan lain-lain untuk mengambil wang anda.

Cara #6 Menerima Bayaran Kad Kredit Daripada Pelanggan Menerusi PayPal


Contoh Akaun PayPal


Cara ini sesuai bagi pelanggan yang berada di luar negara. Anda ingin menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan luar negara? Tahukah, anda boleh menerima bayaran menerusi kad kredit daripada pelanggan walaupun anda tidak mempunyai kad kredit?
  1. Daftar akaun secara percuma di PayPal.com. Lengkapkan butiran atau maklumat anda sepertimana yang dikehendaki.
  2. Setelah pendaftaran anda diperakui sah 'approved'. Anda boleh mula menghantar email menerusi akaun paypal anda ke email pelanggan anda. Nyatakan jumlah wang atau harga yang perlu dibayar oleh pelanggan anda.
  3. Menerusi email itu, pelanggan-pelanggan anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit.
  4. Semak akaun paypal anda samada pelanggan anda telah membuat bayaran atau sebaliknya.
  5. Pindahkan wang dari akaun paypal anda ke akaun bank anda.

Senarai Buku Yang Ditulis Oleh Abu Pzize Hassim



Tajuk Buku: 579 Teknik Mudah Melariskan Produk di Facebook

Pengenalan Ringkas: 
Kini, Facebook bukan sahaja tempat berbual, berkongsi cerita suka dan duka. Malah, media sosial ini menjadi tempat tumpuan para peniaga memasarkan produk dan perkhidmatan. Pelbagai cara, strategi dan teknik digunakan oleh para peniaga untuk mendapatkan prospek dan pelanggan menerusi facebook. 

Pernahkah anda menjual produk atau perkhidmatan di facebook? Adakah anda telah mencuba bermacam-macam cara dan teknik tetapi hasilnya sangat mengecewakan? Buku ini mendedahkan 579  teknik mudah yang terbukti berkesan bagaimana melariskan apa jua produk atau perkhidmatan anda menerusi facebook secara percuma!




Tajuk Buku: 5 Rahsia Besar Memperolehi Jutaan Pelawat & Pelanggan Setiap Minit

Pengenalan Ringkas: 
Beriklan menerusi Google Adwords dan Facebook Ads adalah cara terpantas untuk mendapatkan berjuta-juta pelawat dan pelanggan dalam dan luar negara dengan mudah. Kita perlu membayar jika kita ingin beriklan menerusi Google Adwords dan Facebook Ads. Salah satu bentuk bayaran yang dikenakan ialah bayaran bagi setiap klik. Banyak syarikat mengalami kerugian kerana hasil jualan mereka jauh lebih rendah berbanding kos perbelanjaan pengiklanan di Google Adwords dan Facebook Ads.

Sebelum saya menulis buku ini, saya telah melakukan banyak kajian. Saya telah membeli dan menguji pelbagai strategi dan perisian yang boleh menjimatkan kos pengiklanan serendah RM0.01 atau 1 sen bagi setiap klik. 

Saya telah melakukan beberapa penambahbaikan dan hasilnya ada 5 cara berkesan untuk mendapatkan 1 sen bagi setiap klik yang berkualiti. Buku ini akan membongkar bagaimana anda boleh mendapat berjuta-juta klik yang berkualiti dengan mudah dan murah serendah 1 sen di Google Adwords dan Facebook Ads.



Tajuk Buku: 365 Cerita Benar - Dulu Mereka Miskin, Kini Mereka Kaya

Pengenalan Ringkas: 
Buku ini menghidangkan himpunan 365 cerita benar bagaimana orang miskin mampu menjadi kaya. Mereka tidak mempunyai wang yang banyak untuk memulakan perniagaan. Mereka tidak membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan. 

Mereka memulakan perniagaan dengan wang modal yang sangat kecil. Mereka mampu menjadi jutawan dengan pantas kerana mereka melaburkan wang di tempat yang betul iaitu ILMU. Dengan ilmu segala-galanya BOLEH. Dengan Ilmu segala-galanya akan menjadi cepat dan mudah. Tanpa ilmu, segala-galanya akan menjadi MUSTAHIL, lambat dan susah. 


Jika kita ingin menjadi seorang pelari pecut yang handal, kita perlu belajar daripada pelari pecut yang handal. Jika kita ingin menjadi seorang chef yang hebat, kita perlu belajar daripada chef yang hebat. Jika kita orang miskin dan ingin menjadi kaya, kita perlu belajar daripada orang yang dulunya lahir daripada keluarga miskin yang telah menjadi kaya. 


Mengapa orang miskin yang ingin menjadi kaya perlu belajar daripada orang yang dulunya lahir daripada keluarga miskin yang telah menjadi kaya? Untuk menjawab persoalan ini, mari kita fahami situasi ini, andaikan kita tidak pandai dalam mata pelajaran Matematik. 


Setiap kali ujian Matematik, kita sering mendapat E. Adalah menjadi kesilapan besar jika kita belajar Matematik daripada rakan yang memang sedia cerdik dan tidak pernah gagal dalam subjek ini. Tindakan yang tidak bijak jika sebiji epal Gred E meniru sebiji epal yang lain asalnya  Gred A.


Tindakan yang betul, tepat dan sangat bijak jika sebiji epal Gred E meniru sebiji epal yang lain asalnya Gred E kini telah menjadi Gred A. Pelajari Matematik daripada rakan-rakan yang pernah gagal atau mendapat E tetapi mereka telah berjaya mendapat A dalam subjek ini. Pelajari daripada mereka. Anda pasti berjaya!


Buku ini 100% membicarakan cerita-cerita dan pengalaman benar bagaimana mereka dulunya miskin 'Gred E' kini mereka mampu menjadi kaya 'Gred A'. Jika sekarang anda berada di Gred D, C atau B. Laluan anda untuk berjaya dan kaya terlalu hampir setelah membaca buku ini.

Buku ini tidak membicarakan perihal motivasi diri. Sebaliknya, buku ini menjawab persoalan BAGAIMANA.


Tajuk Buku: 516 Rahsia Dalaman Jutawan Internet Dibongkar

Pengenalan Ringkas:
Buku ini membongkar satu-persatu 516 rahsia bagaimana orang yang tidak tahu atau buta IT  mampu menjana keuntungan lumayan menerusi perniagaan di internet dengan cara yang mudah. 

Salah satu rahsia adalah mereka belajar daripada orang yang tahu dan berpengalaman dalam perniagaan internet. Belajar daripada guru dan mentor yang betul adalah jalan pintas untuk mencapai impian dan kejayaan dengan lebih mudah dan cepat. 


Banyak perniagaan-perniagaan gulung tikar kerana mereka mengusahakan perniagaan mengikut kehendak sendiri dan akhirnya mengalami kerugian. Jika anda bercadang untuk menjana pendapatan tambahan atau memulakan perniagaan yang menguntungkan di internet, buku ini adalah pilihan yang tepat dan sangat sesuai dijadikan panduan.


Buku ini membongkar rahsia, teknik, strategi dan cara yang betul dan berkesan bagaimana anda mampu menjadi jutawan internet. Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam buku ini adalah:

  • Rahsia mudah menjana pendapatan lumayan tanpa menjual dan sebarang modal menerusi program Google Adsense.
  • Rahsia mudah menjana pendapatan lumayan tanpa laman web.
  • Rahsia mudah menjana pendapatan lumayan tanpa produk sendiri.
  • Rahsia mudah menjana pendapatan lumayan dengan menjual produk sendiri
  • Rahsia mudah mendapatkan berjuta-juta pelawat dan pelanggan.
  • Rahsia mudah memulakan perniagaan internet yang menguntungkan dalam tempoh 1 jam.
  • dan banyak lagi.

Tajuk Buku: Quran Menyingkap Rahsia Menjadi Kaya & Bahagia

Pengenalan Ringkas: 
Quran merupakan sumber ilmu yang sangat luarbiasa. Setiap baris ayat di dalam kitab suci ini padat dengan pengajaran, peringatan, peristiwa benar  yang telah berlaku dan akan berlaku. Segala ilmu yang terkandung di dalamnya merentas akal fikiran manusia. Malah jauh lebih maju berbanding pencapaian dan kejayaan tamadun manusia.

Orientalis mengkaji kehebatan wahyu suci ini dan mengimplimentasikannya dalam segenap bidang samada perniagaan, ketenteraan, pertanian dan lain-lain. Hasilnya, begitu menakjubkan! Mereka mendominasi dan menguasai ekonomi dunia kerana mempraktikkan rahsia dan strategi paling mudah dan berkesan yang disarankan oleh Quran. 


Contohnya, pepatah Inggeris "The more you give, the more you receive" atau dalam Bahasa Melayu "Lebih banyak anda memberi, maka lebih banyak anda menerima". Jika mengikut logik akal manusia, semakin banyak kita memberi, maka semakin berkurang apa yang kita milikki. 


Quran telah menyatakan berabad kurun lamanya tentang rahsia membina kekayaan paling pantas dan mudah menerusi strategi "The more you give, the more you receive" iaitu amalan sedekah. Allah S.W.T menjanjikan limpahan kekayaan dengan pantas dan mudah jika kita banyak memberi dan membantu orang lain.


Syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Facebook dan Google telah mengimplementasi strategi ini bagi mengaut keuntungan berbillion dollar sepanjang tahun. Mereka memperhalusi strategi sedekah dengan membenarkan berbillion pengguna-pengguna dari seluruh dunia membuka akaun, membina blog, berkongsi gambar, menonton video dan banyak lagi secara percuma! Mengapa mereka sanggup memberi percuma? Benarkah dengan memberi sesuatu secara percuma hanya menambah kerugian dan kemiskinan? Di mana untungnya? Dapatkan jawapan menerusi buku ini.


Buku ini padat dengan rahsia dan beratus-ratus cara berkesan yang akan membuka mata dan minda pembaca perihal betapa mudahnya menjadi kaya dan bahagia berpandukan Quran.



Tajuk Buku: 682 Rahsia Melariskan Produk di Internet

Pengenalan Ringkas: 
Produk dan perkhidmatan yang hebat tidak memberi apa-apa makna jika kita tidak tahu bagaimana, di mana dan kepada siapa produk itu ingin kita jual. Menjual adalah satu perkara yang terlalu mudah untuk kita lakukan jika kita tahu caranya. Menjual akan menjadi satu perkara yang terlalu rumit malah mengecewakan jika kita tidak tahu caranya. 

Contohnya, kita ingin menjual ubat kencing manis. Jika kita menjual ubat kencing manis pada orang yang sihat keberangkalian besar mereka akan menolaknya. Jika kita menjual ubat kencing manis pada orang yang sakit lutut keberangkalian besar mereka tidak membeli. Proses menjual akan menjadi lambat dan membosankan. 


Sebaliknya, jika kita menjual ubat kencing manis di tempat yang betul dan pada orang yang mahu atau mungkin mahu, mereka pasti berebut-rebut untuk membeli. Di manakah tempat yang paling mudah untuk menemui ramai orang yang mahu dan mungkin mahu ubat kencing manis? Salah satu tempat ialah di hospital.

Buku ini akan membongkar 682 rahsia di mana dan bagaimana mengenalpasti orang yang mahu atau mungkin mahu dengan mudah. Di manakah mereka bersembunyi? Dengan menguasai 682 rahsia  ini, produk dan perkhidmatan anda akan terjual dan laris dengan lebih mudah dan pantas.



Tajuk Buku: 751 Kaedah Promosi Produk & Perniagaan Di internet

Pengenalan Ringkas:
Promosi adalah kunci kejayaan sesuatu perniagaan. Tanpa promosi, orang ramai tidak tahu kewujudansesuatu produk dan perniagaan. Begitu juga dengan perniagaan di internet. Kita perlu melakukan promosi. Semakin kerap kita melakukan promosi, semakin ramai orang tahu tentang produk yang kita tawarkan.

Memiliki laman web yang canggih dan produk yang hebat tanpa promosi hanya sia-sia. Kita memerlukan pelbagai kaedah promosi yang berkesan bagi menarik ramai pelawat dan pelanggan dengan lebih mudah dan cepat. Semakin banyak kaedah promosi berkesan yang kita gunakan, maka semakin tinggi peluang kita membuat jualan dan keuntungan.



Tajuk Buku: Lebih Satu Juta Click Google Adsense

Pengenalan Ringkas: 
Berita baik kepada peminat tegar program buat duit Google Adsense dan selamat menjadi kaya-raya walaupun anda tidak mempunyai sebarang produk dan perniagaan di internet. Saya telah mengkaji pelbagai strategi daripada pakar-pakar Google Adsense. 

Antara strategi yang disarankan ialah menulis artikel yang berkualiti bagi menarik minat ramai pelawat, memadankan warna tulisan artikel dengan iklan Google Adsense supaya pelawat tidak perasan itu adalah iklan, meletakkan iklan Google Adsense di tempat yang mudah dilihat dan banyak lagi. Ya, saya setuju strategi-strategi yang dicadangkan.

Google melarang kita sebagai penerbit sengaja atau tidak sengaja klik pada iklan sendiri. Mana-mana yang cuba klik sendiri, akaun mereka akan ditamatkan 'banned'. Bagaimana Google tahu? Jawapannya ada di dalam buku ini.

Wujudkah strategi dan teknik paling mudah dan berkesan bagi menghalang Google menyedari jika kita klik sendiri pada iklan Google Adsense? Ya, ada. Anda pasti gembira apabila tahu rahsia ini. Anda tidak perlu membeli perisian canggih, meminta orang lain klik bagi pihak anda, atau menyembunyikan IP Address anda. Apa yang perlu anda lakukan hanya menekan satu butang yang ada di komputer atau laptop anda. Apakah butang itu? Dapatkan jawapannya di dalam buku ini.